top of page

PENGENALAN

Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health) merupakan sebuah NGO dibawah Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang ahlinya terdiri daripada mereka yang terlibat dalam industri kesihatan. Ini termasuk Doktor Perubatan, Pergigian, Farmasi, Jururawat, Sokongan Perubatan dan Kesihatan, Pentadbir Hospital dan Klinik serta semua yang bekerja dibahagian industri kesihatan. IKRAM Health telah didaftarkan secara rasminya pada 16 Oktober 2012 dan Mesyuarat Agung yang pertama telah diadakan pada 16 Mac 2013 dengan jayanya. IKRAM Health Johor adalah cawangan di bawah IKRAM Health Malaysia yang menguruskan penyertaan ahli khususnya di Negeri Johor.
 

Ke arah membina negara rahmah yang akan memastikan

kesihatan, kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia

VISI

Memperkasakan Islam dan menyumbang kepada penegakan syariat Islam melalui bidang kesihatan sejajar dengan aspirasi Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

Our Vision

MISI

  1. Membangunkan institusi berlandaskan kesihatan yang menjadi contoh dan rujukan kepada masyarakat.

  2. Menyusun dan mengembleng tenaga rumpun kesihatan untuk mencapai visi.

  3. Menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam bidang kesihatan.

  4. Menjalankan aktiviti kesihatan untuk kebajikan ummah.

OBJEKTIF

  1. Mengembleng sumber tenaga ahli IKRAM daripada kalangan warga kesihatan dan perubatan serta staf sokongan.

  2. Memacu dakwah melalui bidang kesihatan.

  3. Menjadi tempat rujukan kerjaya bagi doktor-doktor muda.

  4. Melaksanakan program-program khidmat kesihatan dan menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

  5. Mengadakan latihan dan bimbingan kerjaya kepada pelajar-pelajar perubatan.

Kami perlukan sokongan anda

bottom of page