

Johor Bebas Asap Rokok (JBAR)
Johor Bebas Asap Rokok (JBAR) telah dilancarkan oleh Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM Johor/iBantu dan IKRAM Health Negeri Johor sebagai satu platfom bagi mendidik, memberi kesedaran dengan lebih berkesan, memberi motivasi dan mengukuhkan pengetahuan masyarakat tentang kegiatan merokok dan juga ‘vaping’ serta kesan-kesannya khususnya di Negeri Johor. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada usaha memupuk amalan gaya hidup sihat dalam masyarakat dengan meningkatkan lagi keprihatinan mereka terhadap kesihatan diri.
Selain itu, kempen JBAR ini juga dijayakan dan dilaksanakan dengan kerjasama agensi kerajaan negeri dan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Projek kempen seumpama ini sedang giat dijalankan di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia seperti di Selangor, Perak, Melaka, Kelantan dan Pulau Pinang. Kempen ini juga dapat menyokong langkah KKM yang telah menandatangani ‘Framework Convention on Tobacco Control (FCTC)’ dibawah usaha Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2009 untuk kempen berhenti merokok.
Make Everyday World No Tobacco Day
VISI
Menjadikan negeri Johor adalah sebuah negeri yang bebas dari asap rokok secara menyeluruh.


MISI
-
Untuk mempromosi dan meningkatkan kesedaran masyarakat agar berhenti merokok.
-
Memberi pendidikan dan mengukuhkan pengetahuan masyarakat tentang bahaya dan kesan-kesan merokok/vaping.
-
Untuk melindungi bukan perokok daripada terdedah dengan asap rokok serta kesan-kesannya.
-
Untuk melindungi kaum wanita, kanak-kanak dari terdedah kepada rokok dan aktiviti-aktiviti berkaitan dan kesan-kesannya.
-
Untuk mengetengahkan solusi-solusi yang praktikal bagi membendung budaya merokok daripada terus berkembang.
-
Untuk memberi bantuan kepada perokok yang ingin berhenti merokok dengan menyalurkan mereka kepada saluran yang betul.
“…dan janganlah kamu menjatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan
dengan tangan sendiri..”
(Surah Al-Baqarah: 195).
Tempahan Slot Program JBAR
Perniagaan menjual e-liquid pelbagai perisa rokok elektronik adalah ditegah disebabkan
barang jualan (e-liquid) tidak memberi sebarang manfaat bahkan mengundang bahaya
Sumber: https://muftiwp.gov.my
Follow, Like & Share
Towards Smoke Free Malaysia in 2045