
Karnival Gaya Hidup Sihat (KGHS)
Karnival Gaya Hidup Sihat (KGHS) adalah salah satu aktiviti IKRAM Health Malaysia dengan kolaborasi dengan banyak agensi kerajaan dan bukan kerajaan. KGHS yang pertama telah diadakan buat pertama kali pada Disember 2019 di Kulai, Johor dengan membawa tema 'Sihat Sepanjang Hayat'.
Islam sebagai al-din, sebagai 'way of life', sistem kehidupan yang benar, sempurna dan mulia yang akan menyempurnakan kehidupan manusia, mengangkatnya ke puncak kemuliaan dan kebahagian yang abadi di dunia dan akhirat.
OBJEKTIF
-
Memberi peluang kepada komuniti di Johor untuk mendapat khidmat ujian saringan awal percuma untuk penyakit-penyakit kronik seperti Penyakit Kencing Manis (Diabetes), Darah Tinggi (Hypertension), Tinggi Kolesterol (Hypercholesterolnemia), kegemukan berlebihan (Obesity), pengesanan awal kanser payudara melalui saringan mammogram percuma beserta khidmat nasihat dari Doktor Pakar Perubatan. Kes-kes yang memerlukan rawatan susulan akan dirujuk kepada Klinik Kesihatan/hospital berhapiran untuk rawatan seterusnya.
-
Memberi kesedaran kepada komuniti akan peri pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, menjaga pemakanan, pemeriksaan kesihatan berkala bagi mencegah daripada masalah kesihatan yang kronik di masa akan datang.
-
Mewujudkan ruang kerjasama pintar dan berterusan antara badan bukan kerajaan seperti IKRAM dengan badan-badan kerajaan tempatan seperti Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah/Negeri, Exco kerajaan negeri dan ahli potitik setempat di dalam usahasama untuk meningkatkan tahap kesedaran serta penambahbaikan taraf kesihatan para penduduk di Johor dalam penjagaan kesihatan.
-
Mengeratkan ikatan ukhwah antara ahli IKRAM dengan masyarakat melalui program-program khidmat masyarakat dan khidmat kesihatan (Amal Makruf, Nahi Munkar) tanpa mengira batas agama, bangsa dan warna kulit. Secara tidak langsung ia menjadi agen penyatuan ummah dengan segenap lapisan masyarakat.
IKRAM memiliki kelebihan, kepakaran, pengalaman dan kebijaksanaan
yang boleh dikongsi bersama rakyat Malaysia