Sokongan Buat Frontliners: Kunjungan Muhibah IKRAM Health Johor dan IKRAm Kulai ke Hospital Kulai
- Ikram Health Johor
- Mar 9, 2021
- 1 min read
Pada 1.3.2021, Pengerusi IKRAM Health Johor, Dr Siti Kamariah Othman bersama 3 org YB (Yang Bersara) iaitu Dr Murniati, Ustaz Prof Ajmain Safar dan Puan Noraini Md Nor (Ketua wanita IKRAM Kulai) telah hadir memberi sokongan untuk para Frontliners terawal di Hospital Kulai yang bakal menerima Vaksin Covid-19.
Kehadiran kami disambut ceria oleh Pengarah Hospital Kulai iaitu Dr Noorraudah Abd Rahman dan kemudian di bawa menyertai ke tempat program suntikan tersebut. Doa selamat dibacakan oleh Ustaz Ajmain sebelum suntikan vaksin dimulakan. Setelah mendapat suntikan vaksin, setiap Frontliners menerima Goodies dari IHJ sebagai tanda penghargaan. Di harap Ukhuwwah yg terjalin mesra ini bakal merancakkan lagi dakwah di bumi Johor InsyaAllah. Amiin.
"Building A Healthy Nation With Rahmah"




Comentarios